Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak meluluskan penggunaan vaksin AstraZeneca dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di negeri itu.
Vaksin akan dibekalkan ke Sarawak menerusi Koordinasi Pasukan Petugas
Imunisasi COVID-19 (CITF) dan akan ditawarkan kepada mereka yang layak atau memohon secara sukarela.